Fesyen Muslimah : Antara Trend & Hukum Shariah

Kuliah di sampaikan oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman. Beliau adalah Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.






Persoalan Solat Qasar : Perbincangan Fikah

Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud :

Allah mahu kamu supaya mudah (dalam urusan agama) dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran.

Solat Qasar - Perbincangan Fikah

Qasar dari segi bahasa bermaksud memendekkan. Daripada segi Istilah fikah pula ialah perbuatan memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat.

Jamak pula dari segi bahasa bererti mengumpulkan. Dari segi istilah pula ialah perbuatan mengumpulkan dua solat Zuhur dengan asar ataupun Maghrib dengan Isyak dengan sebab illat-illat yang ditetapkan.

Perbuatan mengqasarkan solat hanya dapat dilakukan semasa bermusafir. Manakala perbuatan jamak pula dapat dilakukan keranan beberapa sebab yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Antaranya alah bermusafir, sakit, hujan dan sebab hajat-hajat. Dalam perbincangan kali ini kita tumpukan kepada persoalan fikah berkenaan Qasar solat.

Tempoh Bermusafir

Berhubung dengan persoalan tempoh bermusafir, ia dibahagikan kepada dua keadaan:

  • Mereka yang bermusafir ke suatu tempat dan berniat menetap disitu beberapa hari.

Ulama’ silam terbahagi dalam 5 golongan dalam membahaskan kes ini:

  • Golongan Zahiriyyah

Bagi mereka, orang yang berniat menetap disuatu tempat selama tempoh yang ditetapkan dalam keadaan musafir boleh melakukan qasar selama 20 hari. Ini berdasarkan hujah Abdul Razzaq dalam musnadnya:

Daripada Jabir : Nabi Muhammad menetap di Tabuk selama 20 hari dan beliau melakukan qasar sepanjang berada disana.

Menurut Ibn hazm,laporan ini menujukkan tempoh terpanjang Nabi Muhammad melakukan qasar dan tidak terdapat laporan selain daripadanya.

Laporan ini walau bagaimanapun tidak dapat dijadikan hujjah dalam masalah ini. Ini kerana Nabi Muhammad semasa pergi ke Tabuk, beliau berada dalam keadaan perang. oleh yang demikian, Nabi Muhammad tidak mengetahui bilakah perang akan berakhir.

Dalam keadaan itu, tempooh 20 hari bukan anggaran tepat Nabi Muhammad menetap disana. sebagai contoh, kalau perang itu berlangsung lebih daripada 20 hari, adakah Nabi Muhammad melakukan qasar? Jawapannya adalah ya kerana beliau tidak memnetukan tempoh yang ditetapkan berada disana.

  • Golongan Zaidiyyah dan Imamiyyah

Golongan Zaidiyyah dan Imamiyyah pula mengatakan orang yang bermusafir dapat melakukan qasar selagi ia tidak melebihi sepuluh hari. hujah mereka berdasarkan dari Jaafar Sadiq yang melaporkan daripada Ali:

Orang yang menetap selama sepuluh hari perlu melakukan solat yang sempurna

Syawkani semasa memberi komen hujah ini mengatakan, “Ini adalah pendapat peribadi Ali sahaja dan adalah masalah ijtihad sahaja”.

Laporan ini juga ditolak kerana ia munqati’ iaitu Jaafar Sadiq tidak pernah bertemu dengan Ali, bagaimanakah beliau dapat melaporkannya daripada Ali.

  • Abu Hanifah dan pengikut-pengikutnya.

Mereka mengatakan, harus orang itu melakukan qasar selagi beliau menetap disana kurang daripada 15 hari. Apabila dia berniat menetap disana selama 15 hari ataupun lebih, dia tidak lagi dapat melakukan qasar.

Hujah mereka, para ulama berpendapat orang yang menetap selama 15 hari itu dikira bermukim. Adapun bilangan yang kurang daripada 15 hari, ulama beselisih pendapat mengenainya. Oleh itu, berpegang pada yang disepakati lebih awla daripada berpegang kepada pendapat yang sebaliknya.

Hujah ini ditolak kerana selagi ada mereka yang berpendapat tempoh yang kurang daripada 15 hari dikira sebagai tempoh minimum bermukim. Oleh itu, tidak berlaku ijmak pada tempoh 15 hari yang disebutkan.

  • Golongan Syafi’iyah, Hanabilah dan Malikiyyah

Mereka berpendapat apabila orang yang berniat menetap disuatu tempat selama empat hari tidak termasuk hari datang dan hari keluar, dia dikira bermukim. Imam Ahmad pula tidak mengira hari tetapi mengira bilangan solat iaitu 21 waktu bersamaan dengan empat hari juga.

Dalil bagi golongan keempat ini pula adalah :

Kata-kata Nabi Muhammad yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Umar bin Abdul Aziz yang bertanya kepada Saaib bin Yazid mengenai had bermukim daripada Nabi Muhammad, beliau menjawab :

Nabi Muhammad berkata, ” Bagi orang yang berhijrah mereka bermukim selepas tiga hari mereka berada di Mekah”

Dalam laporan Muslim pula, Nabi Muhammad berkata :

“Muhajirun yang berada di Mekah bermukim tiga hari sesudah menunaikan ibadah Haji”

Maksudnya, lafaz hadis selepas tiga hari itu menunjukkan pada hari keempat orang yang menetap disuatu tempat dianggap sebagai bermukim.

Hadis ini ditafsirkan secara kontekstual kerana ia bertentangan dengan hadis-hadis lain yang menunjukkan Nabi Muhammad melakukan qasar selama 18 hari di Mekah sewaktu Fath Mekah ( dilaporkan oleh Abu Daud daripada Umar bin Hussayn) dan hadis yang menunjukkan Nabi Muhammad juga melakukan qasar sepanjang beliau berada di Mekah sewaktu haji wida’ selama sepuluh hari.

  • Ibnu Taimiyyah

Ibnu Taimiyyah pula mengambil pendekatan yang agak berbeza dengan pendekatan para ulama’ yang lain.

Apabila kebanyakan hujah-hujah sebelum ini mengambil kira persoalan niat dan hari yang ditetapkan dalam menilai kedudukan seseorang bermukim ataupun tidak, beliau pula melihat pada keadaan dan realiti seseorang itu sebagai kayu ukur.

Maknanya, apabila orang yang datang ke tempat dalam keadaan bermusafir dan tidak memperlengkapkan dirinya bermukim, dia tidak bermukim. Bagi mereka yang itba di suatu tempat dengan niat bermukim dan mempersiapkan dirinya sebagai seorang yang bermukim, dia dianggap bermukim.

Antara tanda orang yang bermukim adalah dengan menyewa rumah, membeli peralatan, memperlengkapkan diri dengan keperluan hidupseperti membeli perabot dan sebagainya. Seperti pelajar yang tinggal di asrama, rumah sewa, ataupun mereka yang bekerja di luar kampungnya dan sebagainya.

Berkaitan dengan niat pula, Ibn Taimiyyah berpendapat aktiviti bermusafir dan bermukim bukan ibadat yang memerlukan niat seperti solat, haji dan puasa.

Realiti pada zaman moden ini menunjukkan sebilangan besar perjalanan seseorang ditentukan tempohnya melebihi 4 hari, 10 hari,15 hari, 20 hari ataupun lebih. Sama ada penentuan itu oleh mereka yang bermusafir ataupun orang lain seperti pihak penganjur kursus, majikan tempat kerja dan lain-lain.

Seseorang itu mungkin menghadapi keadaan melancong, berkhemah, mengikuti kursus, seminar dan melakukan tugas-tugas seperti mendapatkan berita, mesyuarat dan lain-lain yang terpaksa ke luar negara. Waktunya mungkin mengambil tempoh yang agak panjang. Pada waktu itu, apabila seseorang mengambil pendapat jumhur, mereka hanya dapat melakukan qasar apabila mereka menetap disana kurang daripada 4 hari.

Sekiranya mereka mengambil pendapat Abu Hanifah, mereka hanya dapat melakukan qasar selama 15 hari. Manakala bagi Ibn Taimiyyah mereka dapat melakukan qasar sepanjang tempoh mereka bermusafir selagi mereka tidak mempersiapkan diri bermukim dengan adat orang bermukim. Oleh itu, terserah kepada para pembaca sekalian mengambil pendapat yang lebih sesuai dengan realiti yang mereka hadapi.

Bagi mereka yang tidak bermukim dan tidak menetapkan tempoh-tempoh yang ditetapkan bagi tinggal disuatu tempat, Ibn Mundhir melaporkan ulama’ Muslimin bersepakat mereka harus melakukan qasar selagi mana mereka berada dalam keadaan demikian.

Ini berdasarkan laporan-laporan para sahabat yang melakukan perbuatan sedemikian,antaranya :

  1. Athar daripada Ibn Umar yang mengatakan, ” Kami melakukan solat dua rakaat (qasar) semasa kami berperang di Azerbaijan pada musim salji selama enam bulan.”
  2. Laporan Abd Razzak dalam musnadnya mengenai Saad bin Abi Waqqas yang melakukan qasar selama dua bulan selama beliau berada di Syam.
  3. Begitu juga laporan daripada Abdul Razzaq mengenai Abdul Rahman bin Samrah (sahabat) yang melakukan qasar selama 2 tahun ketika dia berada di negara Parsi.
  4. Anas bin Malik juga melaporkan bagaiman para sahabat melakukan qasar selama 9 bulan selama mereka berada di Hurmuz. (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi).
  5. Begitu juga, Jassas melaporkan melalui sanadnya Ibn Omar dan Ibn Abbas berkata, “Sekiranya kamu tidak tahu apabila kamu akan bermukim, lakukan qasar pada solatmu.”

Berdasarkan laporan-laporan daripada para sahabat diatas dapat disimpulkan para sahabat melakukan qasar apabila mereka tidak berniat bermukim di suatu tempat. Yang pasti, tiada pula laporan lain yang bertentangan seperti yang disebutkan.

Oleh itu, apabila orang itu bermusafir ke suatu tempat dantidak pasti bilakah dia akan meninggalkannya, dia boleh melakukan qasar melakukan qasar selagi dia berada disana sehingga memutuskan waktu dia akan bermukim. Hal yang sama juga apabila orang itu berpindah dari suatu tempat yang lain dan tidak tetap dalam perjalanannya, dia juga boleh melakukan qasar sepanjang dia bermusafir.

Jarak Perjalanan yang dibenarkan Melakukan Qasar

Berhubung persoalan jarak perjalanan yang membolehkan Muslim melakukan qasar, para ulama’ mazhab terbahagi kepada empat pendapat utama. Mereka adalah:

  • Abu Hanifah,pengikutnya dan segelintir Zaidiyyah

Jarak perjalanan yang membolehkan seseorang itu melakukan qasar adalah perjalanan 3 malam iaitu lebih kurang 125 kilometer.

  • Mazhab Maliki,Syafie dan Hambali

Mereka mengatakan Muslim hanya dapat melakukan qasar apabila jarak perjalanannya melebihi 2 marhalah. Dalam menetapkan 2 marhalah itu mereka agak berbeza pendapat, bagi pengikut mazhab Maliki dan Hambali mereka memberikannya 80 kilometer. Manakala dalam mazhab Syafie pula ia aldalah 95 kilometer.

  • Golongan Zaidiyyah

Mereka berpendapat jarak yang membenarkan orang itu melakukan qasar adalah 4 farsakh ataupun 1 barid. iaitu lebih kurang 28 kilometer.

  • Golongan Zahiri

Mereka berpendapat tiada had yang ditetapkan bagi rukhsah mengerjakan qasar. Maknanya sesiapa yang bermusafir, beliau berhak melakukan qasar. Walaubagaimanapun mereka meletakkan jarak 1 mile, iaitu kurang daripada 2 kilometer sebagai jarak minimum bagi menentukan orang itu bermusafir ataupun tidak. Antaranya yang berpendapat seperti ini adalah Ibn Taimiyyah.

Dalil-dalil :

  1. Bagi golongan pertama, mereka berdalilkan kata-kata Nabi Muhammad yang melarang wanita bermusafir tanpa mahram selama 3 hari didalam Bukhari dan Muslim. Hujah mereka walaubagaimanapun ditolak kerana kata-kata Nabi Muhammad itu tiada kena mengena dengan jarak melakukan qasar solat dan bukan ukuran menetukan jarak musafir.
  2. Golongan kedua pula berdalilkan kata-kata Nabi Muhammad daripada Ibn Abbas yang berbunyi, ” Wahai penduduk Mekah, janganlah kamu melakukan qasar pada solat kamu kurang daripada 4 burd iaitu dari Mekah ke Asfan”.(Direkodkan oleh al-Daaraqutni dan al-Baihaqi.) Kata-kata Nabi Muhammad ini juga tidak dianggap hujah kerana dalam sanadnya terdapat Abd Wahab bin mujahid, beliau dikategorikan sebagai matruk al-hadis (hadisnya ditolak). Walaubagaimanapun ada ukuran jarak musafir seperti yang dibawa oleh Ibn Umar dan Ibn Abbas. Namun ia hanya ijtihad mereka sahaja.
  3. Bagi golongan ketiga iaitu golongan Zaidiyyah, mereka bersandarkan kata-kata Nabi Muhammad daripada Abu Hurairah yang mengatakan Nabi Muhammad melarang wanita daripada bermusafir pada jarak 1 barid kecuali dengan mahram. Hadis ini direkodkan oleh Abu Daud. Seperti golongan pertama, hujah yang sama digunakan disini. Kata-kata Nabi Muhammad ini tiada kaitan dengan tajuk perbincangan qasar solat.
  4. Golongan Zahiriyyah pula berhujah dengan umum berasaskan Quran supaya melakukan qasar bagi mereka yang bermusafir. Bagi mereka, tiada dalil yang sahih dan kuat mengkhususkan jarak perjalanan musafir.

Oleh itu, selagi orang itu bermusafir, dia harus melakukan qasar tanpa mengambil kira jarak. Jarak 1 mile yang dikatakan sebagai jarak minimum musafir, mereka mengambilnya daripada Athar bin Umar yang mengatakan, ” Sekiranya aku keluar melebihi 1 mile, aku akan melakukan qasar pada solatku.”

Menurut Ibn Hazm lagi, jarak 1 mile adalah jarak yang dekat dan tidak pernah terlintas dalam bahasa Arab seseorang itu bermusafir pada jarak yang kurang daripada 1 mile.

KESIMPULAN

Bagi menetapkan jarak bermusafir yang membenarkan Muslim itu melakukan qasar, ia perlu kepada dalil yang sahih, sama ada didalam Al-Quran ataupun kata-kata Nabi Muhammad yang sahih. Cuma didalam Al-Quran, kebenaran melakukan qasar tidak disebut secara mutlak dan tidak dihadkan jarak-jarak yang ditetapkan.

Daripada sunnah pula, Nabi Muhammad tidak pernah menghadkan jarak minima orang itu melakukan qasar. Kecuali perbuatan Nabi Muhammad yang direkodkan oleh Muslim dripada Yahya bin Yazid yang bertanyakan Anas bin Malik mengenai qasar solat, beliau berkata, ” Nabi Muhammad menunaikan solat sebanyak 2 rakat apabila beliau keluar dalam jarak 3 mile atau 3 farsakh“.(yang meriwayatkan adalah ragu-ragu).

Hadis ini walaupun sahih, tetapi di dalamnya terdapat keraguan iaitu yang melaporkan ragu-ragu sama ada jarak musafir itu 3 farsakh ataupun 3 mile. Bagaimanakah kita ingin mengambil hukum yang pasti sedangkan yang melaporkan sendiri ragu-ragu pada jaraknya?

Qurtubi dan Nawawi pula tidak setuju hadis ini dijadikan hujah bagi persolan menetapkan jarak minimum melakukan qasar. Mereka mengatakan apa yang dilaporkan itu hanya pemberitahuan apabila Nabi uhammad mula melakukan qasar dan bukannya jarak minimum melakukan qasar.

Oleh yang demikian, keran tidak ada kata-kata Nabi Muhammad yang kuat bagi menetapkan jarak Musafir, tidak haruslah kita bertegas pada mana-mana jarak sebagai jarak minimum bagi melakukan qasar. Terserah pada pandangan mana yang lebih senang bagi mereka yang ingin melakukan qasar.

Apabila mereka ingin mengambil jarak yang terdekat, ia berdasarkan hadis Muslim, jaraknya adalah 3 farsakh ( 16 kilometer) dan jarak yang jauh adalah 125 kilometer. Walaubagaimanapun, apabila mereka ingin pendapat yang lebih mudah, pendapat golongan Zahiri adalah yang dekat dengan makna Al-Quran secara umum iaitu tiada had minimum bagi mereka yang ingin melakukan qasar solat, asalkan mereka dalam keadaan musafir.

Walaupun begitu,mereka mengatakan seseorang yang tidak bermusafir walaupun merentasi jarak yang jauh tidak harus bagi mereka melakukan qasar kerana ia eksklusif hanya bagi mereka yang bermusafir sahaja.

Artikel ini ditulis oleh Dr Maszlee Malik.


Halal dan Haram dalam Pemakanan (Part 1)

Rangka berfikir pertama yang diterapkan oleh Islam ialah pada hakikatnya segala sesuatu yang dicipta oleh Allah itu adalah Halal dan tidak menjadi Haram hinggalah ada nas pasti daripada Syari’ (Allah) yang mengharamkannya. Maka jika ada suatu benda yang tidak ada nas yang pasti menujukkan keharamannya, maka dia dikembalikan kepada hukum asalnya iaitu Halal.

Secara khususnya Islam mengajak orang yang beriman dengan ayat berikut:

Hai orang-orang beriman, makanlah diantara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kalian dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar hanya kepada-Nya kalian menyembah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagi kalian bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Sesiapa dalam keadaan terpaksa, sedangkan dia tidak berkehendak dan tidak melampaui batas, maka tidaklah berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih.[Al-Baqarah 172-173]

Dalam ajakan ini Allah S.W.T menyuruh mereka menikmati sesuatu yang baik daripada rezeki yang telah diberikan kepada mereka agar mereka bersyukur sebagai bukti rasa terima kasih atas nikmat tersebut. Allah juga telah menjelaskan bahawa Dia tidak mengharamkan sesuatu kecuali atas empat perkara tersebut.

Dalam Surah Al-Maidah Allah S.W.T telah memberi penjelasan secara terperinci lagi :

Diharamkan atas kalian bangkai, darah, daging babi, haiwan yang disembelih atas nama selain Allah,binatang yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang kalian sempat menyembelihnya. Dan diharamkan pula atas kalian binatang yang sembelih disisi berhala; dan diharamkan juga kamu menengok nasib dengna undi batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepada-Ku. Pada hari ini, aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.[Al-Maidah-3]

Asbabun Nuzul (Al-Maidah-3)

Dalam satu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika Hibban sedang merebus daging bangkai, Rasulullah ada bersamanya. Maka turunlah ayat di atas yang mengharamkan bangkai. Pada ketika itu juga bangkai tersebut dibuang. (Diriwayatkan oleh Ibnu Mandah dalam Kitab Assahabah dari Abdullah bin Jabalah bin Hibban bin Hajar)

Ayat ini menyebutkan 10 jenis barangan haram-tidak bercanggah dengan ayat sebelumnya kerana Allah sendirilah yang berperanan menjelaskan dan menghuraikan ayat tersebut.

Bersambung di bahagian 2.

 

 


Jom Baca Surah Al-Kahfi (setiap Hari Jumaat) !

Betapa banyak orang lalai dari amalan yang satu ini ketika malam Jum’at atau hari Jum’at, yaitu membaca surat Al Kahfi. Atau mungkin sebagian orang belum mengetahui amalan ini. Padahal membaca surat Al Kahfi adalah suatu yang dianjurkan (mustahab) di hari Jum’at karena pahala yang begitu besar sebagaimana berita yang dikabarkan oleh orang yang benar dan membawa ajaran yang benar yaitu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Hadits-hadits yang membicarakan hal ini adalah sebagaimana di bawah. Semoga bermanfaat.

Hadits pertama:

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ

Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jum’at, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah.” (HR. Ad Darimi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6471)

Hadits kedua:

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْن

Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.” (HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6470)

Inilah salah satu amalan di hari Jum’at dan keutamaan yang sangat besar di dalamnya. Akankah kita melewatkan begitu saja. Disiplinkan diri, membaca Surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat, Insya Allah hidup kita sepanjang umur akan senantiasa diterangi cahaya.Semoga Allah selalu memberikan kita ilmu yang bermanfaat dan dimudahkan untuk beramal sholeh sesuai tuntunan Nabi-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Artikel asal (dengan sedikit tambahan) dari:http://rumaysho.com/belajar-islam/amalan/1823-jangan-lupakan-membaca-surat-al-kahfi-di-hari-jumat.html

Artikel ini ditulis oleh Ahmad Zaki Amiruddin.


Pernikahan Muslim dan Panduan Pernikahan: Bahagian 2

KEPENTINGAN PERKAHWINAN DALAM ISLAM

“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang diantara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin,Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya),Maha Mengetahui “. (Surah Nur 24:32)

Ayat-ayat di atas bermula dengan kata-kata Wa Ankehoo (Dan berkahwin …) Bentuk imperatif dari kata ‘nikah’ bermakna bahawa baik itu adalah wajib atau sangat dianjurkan. Menurut ulama, walaupun pernikahan adalah tindakan yang sangat dianjurkan, ia menjadi wajib apabila ada ruang untuk jatuh ke lembah dosa.

Nabi Muhammad (saw) berkata, “Tidak ada rumah telah dibina dalam Islam lebih dicintai di sisi Allah selain melalui pernikahan.”

Pada kesempatan lain Nabi Suci Muhammad (saw) berkata: “Orang-orang terbaik bangsaku (Ummah) adalah mereka yang berkahwin dan telah memilih isteri-isteri mereka, dan orang-orang terburuk bangsaku adalah mereka yang telah dijauhkan dari perkahwinan dan melewati mereka hidup sebagai bujang. ”

Imam Ali (as) mendesak, “Menikahlah, kerana perkahwinan adalah tradisi Nabi Muhammad (saw).” Nabi  Muhammad (saw) juga berkata, “Setiap orang yang suka mengikuti tradisiku, maka dia harus tahu bahawa perkahwinan adalah dari tradisiku.”

A. Kepentingan seks dalam perkahwinan.

Dalam Islam, perkahwinan tidak terhad pada hubungan platonik iaitu bebas dari sebarang nafsu antara suami dan isteri, juga bukan semata-mata untuk aktiviti seksual. Istilah Islam untuk berkahwin, “Nikah” secara bahasa bererti hubungan seksual. Jadi mengapa Islam memberikan peraturan yang banyak dan peruntukan mengenai seks? Hal ini kerana Islam telah sepenuhnya memahami bahawa naluri seksual tidak boleh ditekan. Ia hanya boleh ditetapkan untuk kesejahteraan manusia dalam kehidupan ini dan untuk kejayaan mereka di akhirat.

Seks dalam kehidupan pernikahan telah terbuka disarankan dalam Al-Quran, “Ketika mereka [iaitu] isteri telah menyucikan dirinya [selepas] menstruasi, kau pergi kepada mereka sebagamana Allah perintahkan.” (Al-Baqarah Surah 2:222)

B. Keperluan Seksual Mendesak.
Nabi Muhammad (saw) dan para Imam(as) juga mendorong pengikutnya untuk berkahwin dan untuk memenuhi dorongan seksual mereka dengan cara yang halal seperti dapat dilihat. Nabi Muhammad (saw) berkata, “Wahai pemuda! Saya cadangkan perkahwinan kepada kamu.”

Imam Reza (as) berkata, “Tiga hal yang berasal dari tradisi para utusan Allah: menggunakan wangian, memotong rambut berlebihan dan melawat isterinya.”

C.Mengelakkan hubungan seksual adalah di larang.

Usman bin Maz’un adalah teman dekat Nabi Muhammad (saw). Suatu hari isterinya datang kepada Nabi Muhammad (saw) dan mengeluh, “Wahai Rasulullah! Usman puasa siang hari dan berdiri untuk doa pada malam hari.” Dengan kata lain, ia bermaksud mengatakan bahawa suaminya adalah mengelakkan hubungan seksual pada malam hari serta siang hari.

Nabi Muhammad (s.a.w.) marah. Dia bahkan tidak sempat untuk memakai seliparnyanya. Ia pergi ke rumah Usman dan menemuinya berdoa. Ketika Usman selesai doa dan berpaling ke arah Nabi Muhammad (saw), ia berkata, “Wahai Usman! Allah tidak menghantarku untuk menghalang hubungan suami isteri , bukan Dia mengutus aku dengan Syariah [mudah dan lurus]. Aku berpuasa, berdoa dan juga mempunyai hubungan intim dengan isteri saya. Jadi siapa yang suka tradisiku, maka dia harus mengikutinya, dan perkahwinan adalah salah satu tradisiku. ”

D. Manfaat Hidup Berkahwin

Pelbagai penelitian membuktikan bahawa orang yang berkahwin tetap sihat, secara fizikal dan mental. Islam selalu menyatakan bahawa perkahwinan adalah bermanfaat bagi kita dalam banyak hal.

Islam juga menganggap perkahwinan sebagai cara untuk mendapatkan kesempurnaan rohani. Nabi Muhammad (saw) berkata, “Orang yang berkahwin, telah menjaga separuh dari agamanya, maka ia harus takut kepada Allah untuk separuh yang lain.” Benar! Seseorang yang memenuhi dorongan seksualnya secara sah jarang akan terganggu dalam pencarian spiritual.
E. Pernikahan  meningkatkan nilai doa.

Nabi Muhammad (saw) berkata, “Dua rakaat solat orang yang sudah berkahwin lebih baik daripada seseorang yang berjaga malam tetapi tidak berkahwin.” Seorang wanita datang menemui Nabi Muhammad (saw) dan berkata bahawa dia telah mencuba segala cara untuk menarik suaminya tetapi sia-sia, ia tidak meninggalkan renungan untuk menarik perhatian padanya. Nabi Muhammad (saw) menyuruhnya memberitahu suaminya tentang ganjaran dari hubungan seksual, yang digambarkan sebagai berikut: “Ketika seorang lelaki mendekati isterinya, dia dijaga oleh dua malaikat dan [pada saat itu dalam pandangan Allah] dia seperti seorang pahlawan berjuang untuk jalan Allah. Ketika ia telah bersetubuh dengan dia, dosa-dosanya jatuh seperti daun [pohon] musim gugur. Ketika ia melakukan mandi wajib, ia dibersihkan dari dosa-dosa. ”

Bersambung ke Bahagian 3


Pernikahan Muslim dan Panduan Pernikahan: Bahagian 1

Imam Jafar as-Sadiq (as) berkata: Apabila seseorang bermaksud untuk menghantar rombongan untuk berkahwin, ia harus berdoa dua Rakat solat, memuji Allah (SWT) dan membaca doa sebagai berikut:

Bismillah hir Rah’maanir Rah’eem.
Allaahumma inni oreedo an atazawwaja faqaddirli minannisaa-e- a-’affahunna farjawn wa ah’faz’ahunna li fi nafseha wa maali wa aw sa-a’-hunna li rizqan wa a’-z’amahunna li barakatan fi nafseha wa maali anna atroko faqaddirli minha waladan t’ayyaban taj-a’lahu khalafan s’aaleh’an fi h’ayaati wa ba’da mauti.

Terjemahan:

Ya Allah! Aku berniat untuk berkahwin. Oleh kerana itu peruntukkanlah bagiku wanita yang paling suci  dan orang yang akan demiku menjaga dirinya dan hartaku dan yang akan paling menguntungkan bagi peningkatan rezeki dan kurnia. Kemudian dari rahimnya diberikan seorang putra yang akan memberi kenangan-kenangan manis dalam hidupku setelah kematianku.

PENGENALAN

A. Siapa yang memerlukanpanduan  ini?
Panduan ini disusun bagi mereka yang berniat untuk berkahwin dalam waktu terdekat atau orang-orang yang baru berkahwin. Dalam panduan ringkas ini kami telah cuba untuk merumuskan semuanya. Digalakkan untuk merujuk dan membaca membaca buku-buku lain yang lebih terperinci mengenai Perkahwinan, rujukan dilampirkan pada akhir panduan ini.

B. Mengapa kita perlu tahu Peraturan?
Ini adalah kewajipan setiap Muslim untuk mengikuti undang-undang Islam tidak hanya dalam hal doa dan puasa, tetapi juga dalam semua tindakannya. Islam telah menakrifkan dengan baik peraturan tentang perkahwinan dan juga seks. Jadi jika anda ingin mengikuti Islam sepenuhnya, maka anda harus mengetahui aturan Islam dan peraturan yang mengatur kehidupan pernikahan. Islam tidak pernah menindas perasaan semulajadi manusia tetapi memberikan Peraturan, datangnya dari  Ilahi.

Hal ini tidak hanya membolehkan anda untuk setia pada agama anda, tetapi juga akan melindungi anda dari rentetan Sex sastera yang menggambarkan naluri alam sebagai salah satu yang harus dibiarkan tidak terkawal. Moral seksual barat membenarkan banyak hal yang dilarang dalam Islam. Alasan larangan tindakan tertentu untuk bukannya bertindak sebagai pelanggaran atas kebebasan individu tapi kerana Islam tidak hanya berkaitan dengan kesejahteraan fizikal anda, tetapi juga peningkatan rohani anda. Selain itu, kita dapat melihat keruntuhan masyarakat disebabkan kebebasan seksual mutlak berlaku.

C. Tujuan utama dari Panduan Pernikahan
Permulaan hidup yang baru berlaku melalui perkahwinan. Jika aturan Islam dikenali dan diikuti, akan lahirlah anak yang suci. Insya Allah, keturunan kita kemudiannya boleh mampu menjadi pengikut kepada Nabi Muhammad (saw) dan  Ahlul Bayt (as).

Bersambung ke Bahagian 2.


serunding

Dapatkan Post Terkini



Waktu Solat

  • Kuala Lumpur
  • 292° 31′ 16″20/05/2012
  • Imsak5:30
  • Subuh5:40
  • Syuruk7:02
  • Zohor13:13
  • Asar16:36
  • Maghrib19:21
  • Isyak20:34

Support Kami di Facebook